Membuat BuBu untuk menangkap ikan.

Bubu kebiasaannya diperbuat daripada buluh.Bagaimanapun ada juga yang diperbuat daripada kawat bagi kegunaan menangkap ikan di dasar laut.Bagi kegunaan biasa di kawasan sungai atau tasik yang tidak begitu dalam buluh adalah pilihan terbaik kerana ia percuma dan senang dibuat.Saiz yang biasa dibut adalah berdasarkan jangka masa ia dibiarkan disesuatu lokasi.Lagi lama ia dibiarkan didalam air bermakna lagi banyak peluang untuk mendapat banyak ikan.

Didalam perbincangan kita kali ini kita hanya akan berbincang cara untuk membuat bubu bersaiz kecil.Apa yang kita perlukan sebagai bahan asas untuk membuat bubu ini adalah sebatang buluh bersaiz besar,pisau yang tajam,serta tali kecil.Mula-mula ukur batang buluh lebih kurang tiga kaki panjang kemudian belah  kepada beberapa belahan kecil selebar setengah inci setiap satu.Sila rujuk gambarajah dibawah.

Pastikan bahagian tepi setiap bilah tadi dibersihkan dengan teliti supaya tidak tajam dan mencederakan tangan anda.Sediakan lebih kurang 20 batang kesemuanya.Kesemua bilah yang telah dibersihkan tadi disusun secara menegak dan diikat dengan kemas dibahagian hujungnya menggunakan tali.Selepas itu buka kembangkan bahagian atas yang tidak diikat agar kelihatan seperti payung.Perlahan-lahan mula membentuk bahagian dalam yang diikat agar sedikit melengkung.Lakukan perlahan-lahan agar kesemua bilah sedikit  melengkung.Anda perlu berhati-hati melakukan aktiviti ini dengan meletakkan buluh diatas lantai dalam keadaan melintang supaya tidak tercucuk mata anda.Sila rujuk gambarajah dibawah.

Selepas kesemua bilah dilentur ia akan kelihatan seperti gambarajah dibawah.Langkah seterusnya adalah untuk menanyam bilah tadi agar bentuknya kekal dalam keadaan bulat dan kukuh.kemudian belah pula beberapa batang buluh juga berukuran setengah inci setiap satu ,lakukan kerja membelah dengan berhati-hati agar tidak luka.Sediakan belahan ini lebih kurang lima  keping.Gulung satu daripada batang buluh ini supaya membentuk bulatan berukurlilit 8 inci dan ikat bahagian hujung dengan tali supaya tidak terbuka.Buat tiga gelungan lagi seperti tadi cuma kali ini ukurlilit yang diperlukan adalah 40 inci setiap satu,seperti biasa ikat bahagian hujung dengan tali agar kemas.Sila rujuk gambarajah dibawah.

Seterusnya masukkan gelung yang berukurlilit 8 inci kebahagian dalam gegelung buluh yang berbentuk jejari payung tadi secara perlahan-lahan.Semasa anda menolak gelung tersebut,bilah-bilah buluh tersebut akan mengembang, berhati-hati agar tidak terkena mata anda.Dengan berhati-hati anda perlu mengikat gelung berukurlilit 8 inci dan bilah buluh tadi satu persatu secara perlahan-lahan tetapi kemas.

Setelah selesai dengan gelung berukurlilit 8 inci anda bolehlah teruskan dengan gelung berukurlilit 40 inci pula.Jarakantara setiap gelung terpulang kepada anda untuk membahagikannya secara sama anggaran saja.Sila rujuk gambarajah dibawah.

Langkah seterusnya buluh kerat buluh sepanjang satu kaki,dan belah kepada beberapa kepingan kecil selebar setengah inci setiap satu.Sediakan sebanyak 20 keping.Bahagian hujung setiap keping ditajamkan menggunakan pisau.Sila rujuk gambarajah.

Buat dua gelung bulat dengan ukurlilit 8 inci dan 40 inci, ikat kemas bahagian hujungnya keduanya. Seterusnya letakkan sekeping bilah yang ditajamkan bahagian hujungnya tadi diatas gelung berukurlilit 8 inci,lebihkan 5 inci dibahagian hujungnya lalu diikat dengan kemas.Terus mengikat bilah buluh tajam ini satu persatu sehingga lengkap satu pusingan.Rujuk gambarajah dibawah.

Apabila telah selesai anda bolehlah teruskan dengan gelung yang kedua iaitu yang berkurlilit 40 inci,kali ini ianya diikat dibahagian hujung sekali.Rujuk gambarajah dibawah.

Sekarang anda telah dapat dua set anyaman buluh iaitu yang panjang dan yang pendek.Langkah seterusnya adalah menggabungkan keduanya.Pegang set yang panjang secara menegak dengan bahagian yang berukurlilit besar manghala keatas.Seterusnya masukkan set yang pendek dibahagian atas set yang panjang.Rujuk gambarajah dibawah.Ikat kedua-dua bahagian atas dengan kemas dan rapi.Akhirnya anda telah berjaya menyiapkan sebuah Bubu untuk menangkap ikan.

Untuk memudahkan anda mengeluarkan ikan yang terperangkap didalam bubu anda,sebuah pintu kecil perlu dipasang.Caranya adalah membelah sekeping buluh selebar suku inci sepanjang 12 inci.Kepingan ini kemudiannya dilipat supaya membentuk segiempat dengan anggaran setiap panjang penjuru adalah lebih kurang 4 inci dan ikat bahagian hujungnya dengan kemas.Kemudian ikat beberapa keping buluh kecil dibahagian atas kepingan yang berbentuk segiempat tadi.Rujuk gambarajah dibawah.

Letakkan pintu kecil ini diatas bubu anda.Letakkan ia berhampiran dengan gegelung yang berukuran 40inci.Ikat di satu bahagian sahaja agar ia boleh dibuka.Dengan menggunakan cutter atau gunting pokok,kerat bahagian yang hendak dijadikan pintu.Rujuk gambarajah dibawah.Wah…nampaknya bubu anda telah siap untuk digunakan.

Sebelum bubu dipasang didalam sungai anda mestilah memasang umpan.Umpan yang paling senang adalah menggunakan keratan ikan.Ikat seketul daging ikan dibahagian dalam bubu menggunakan seutas tali dengan kemas.Kemudian tutup pintu bubu dengan kemas menggunakan tali atau dawai.Bubu yang telah siap dipasang umpan kemudiannya diikat pada sebatang kayu yang panjang.Tujuan kayu ini dikat adalah bertujuan memudahkan anda utuk memasang dan mengambil semula bubu yang telah anda tinggalkan selama 24 jam didalam sungai.Selamat mencuba.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: