Batang pancing dari buluh.

April 18, 2010

Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli joran yang mahal dan sekadar memencing untuk riadah.Penggunaan batang pancing dari buluh adalah pilihan terbaik.Diantara banyak buluh yang terdapat disekeliling kita,Buluh Pancing adalah yang paling sesuai untuk dijadikan batang pancing kerana batangnya yang kurus dan padat.Alat yang diperlukan didalam penyediaan batang pancing ini adalah sebilah parang yang sederhana panjang dan tajam.

Buluh yang sesuai untuk dijadikan batang pancing adalah buluh yang lurus dan panjangnya sekitar 6 atau 7 kaki,manakala ukurlilit yang sesuai adalah sekitar 2 hingga 2 1/2 inci atau mengikut gegengaman tangan anda.

Semasa memotong pangkal buluh pastikan pemotongan dilakukan secara menyerong kerana cara ini dapat mengelakkan batang buluh dari pecah.Bersihkan daun disekeliling batang buluh dengan berhati-hati,kita tidak mahu merosakkan bahagian luar buluh yang licin.Bahagian luar buluh yang licin dan berminyak  adalah kalis air dan dapat mengelakkan buluh dari reput.

Selepas itu anda bolehlah memasang tali tangsi serta mata kail.Jika anda telah mendapat umpan seperti cacing atau serangga lain seperti belalang  anda sudah boleh mula memancing dilokasi yang anda suka.Biasanya batang pancing dari buluh lebih sesuai digunakan di tepi sungai,kolam,tasik,jeti atau sepanjang tali air.Ini kerana panjang tali tangsi yang digunakan adalah terhad.

Bagi memastikan jangka hayat batang pancing tahan lebih lama,cara penyimpanan adalah penting.Bersihkan dengan tuala lembab bila selesai digunakan dan gantung secara menegak dengan mengikat tali dibahagian hujung pancing kemudian digantung di tepi dinding yang jauh dari kelembapan dan sinar matahari yang terik.

Varnis dan Cat dapat mengelakkan batang pancing dari serangan serangga perosak yang suka menebuk batang buluh seperti anai-anai dan kumbang.Diharap maklumat ini dapat membantu anda dalam penyediaan buluh sebagai batang pancing.Selamat mencuba.

Membuat BuBu untuk menangkap ikan.

April 17, 2010

Bubu kebiasaannya diperbuat daripada buluh.Bagaimanapun ada juga yang diperbuat daripada kawat bagi kegunaan menangkap ikan di dasar laut.Bagi kegunaan biasa di kawasan sungai atau tasik yang tidak begitu dalam buluh adalah pilihan terbaik kerana ia percuma dan senang dibuat.Saiz yang biasa dibut adalah berdasarkan jangka masa ia dibiarkan disesuatu lokasi.Lagi lama ia dibiarkan didalam air bermakna lagi banyak peluang untuk mendapat banyak ikan.

Didalam perbincangan kita kali ini kita hanya akan berbincang cara untuk membuat bubu bersaiz kecil.Apa yang kita perlukan sebagai bahan asas untuk membuat bubu ini adalah sebatang buluh bersaiz besar,pisau yang tajam,serta tali kecil.Mula-mula ukur batang buluh lebih kurang tiga kaki panjang kemudian belah  kepada beberapa belahan kecil selebar setengah inci setiap satu.Sila rujuk gambarajah dibawah.

Pastikan bahagian tepi setiap bilah tadi dibersihkan dengan teliti supaya tidak tajam dan mencederakan tangan anda.Sediakan lebih kurang 20 batang kesemuanya.Kesemua bilah yang telah dibersihkan tadi disusun secara menegak dan diikat dengan kemas dibahagian hujungnya menggunakan tali.Selepas itu buka kembangkan bahagian atas yang tidak diikat agar kelihatan seperti payung.Perlahan-lahan mula membentuk bahagian dalam yang diikat agar sedikit melengkung.Lakukan perlahan-lahan agar kesemua bilah sedikit  melengkung.Anda perlu berhati-hati melakukan aktiviti ini dengan meletakkan buluh diatas lantai dalam keadaan melintang supaya tidak tercucuk mata anda.Sila rujuk gambarajah dibawah.

Selepas kesemua bilah dilentur ia akan kelihatan seperti gambarajah dibawah.Langkah seterusnya adalah untuk menanyam bilah tadi agar bentuknya kekal dalam keadaan bulat dan kukuh.kemudian belah pula beberapa batang buluh juga berukuran setengah inci setiap satu ,lakukan kerja membelah dengan berhati-hati agar tidak luka.Sediakan belahan ini lebih kurang lima  keping.Gulung satu daripada batang buluh ini supaya membentuk bulatan berukurlilit 8 inci dan ikat bahagian hujung dengan tali supaya tidak terbuka.Buat tiga gelungan lagi seperti tadi cuma kali ini ukurlilit yang diperlukan adalah 40 inci setiap satu,seperti biasa ikat bahagian hujung dengan tali agar kemas.Sila rujuk gambarajah dibawah.

Seterusnya masukkan gelung yang berukurlilit 8 inci kebahagian dalam gegelung buluh yang berbentuk jejari payung tadi secara perlahan-lahan.Semasa anda menolak gelung tersebut,bilah-bilah buluh tersebut akan mengembang, berhati-hati agar tidak terkena mata anda.Dengan berhati-hati anda perlu mengikat gelung berukurlilit 8 inci dan bilah buluh tadi satu persatu secara perlahan-lahan tetapi kemas.

Setelah selesai dengan gelung berukurlilit 8 inci anda bolehlah teruskan dengan gelung berukurlilit 40 inci pula.Jarakantara setiap gelung terpulang kepada anda untuk membahagikannya secara sama anggaran saja.Sila rujuk gambarajah dibawah.

Langkah seterusnya buluh kerat buluh sepanjang satu kaki,dan belah kepada beberapa kepingan kecil selebar setengah inci setiap satu.Sediakan sebanyak 20 keping.Bahagian hujung setiap keping ditajamkan menggunakan pisau.Sila rujuk gambarajah.

Buat dua gelung bulat dengan ukurlilit 8 inci dan 40 inci, ikat kemas bahagian hujungnya keduanya. Seterusnya letakkan sekeping bilah yang ditajamkan bahagian hujungnya tadi diatas gelung berukurlilit 8 inci,lebihkan 5 inci dibahagian hujungnya lalu diikat dengan kemas.Terus mengikat bilah buluh tajam ini satu persatu sehingga lengkap satu pusingan.Rujuk gambarajah dibawah.

Apabila telah selesai anda bolehlah teruskan dengan gelung yang kedua iaitu yang berkurlilit 40 inci,kali ini ianya diikat dibahagian hujung sekali.Rujuk gambarajah dibawah.

Sekarang anda telah dapat dua set anyaman buluh iaitu yang panjang dan yang pendek.Langkah seterusnya adalah menggabungkan keduanya.Pegang set yang panjang secara menegak dengan bahagian yang berukurlilit besar manghala keatas.Seterusnya masukkan set yang pendek dibahagian atas set yang panjang.Rujuk gambarajah dibawah.Ikat kedua-dua bahagian atas dengan kemas dan rapi.Akhirnya anda telah berjaya menyiapkan sebuah Bubu untuk menangkap ikan.

Untuk memudahkan anda mengeluarkan ikan yang terperangkap didalam bubu anda,sebuah pintu kecil perlu dipasang.Caranya adalah membelah sekeping buluh selebar suku inci sepanjang 12 inci.Kepingan ini kemudiannya dilipat supaya membentuk segiempat dengan anggaran setiap panjang penjuru adalah lebih kurang 4 inci dan ikat bahagian hujungnya dengan kemas.Kemudian ikat beberapa keping buluh kecil dibahagian atas kepingan yang berbentuk segiempat tadi.Rujuk gambarajah dibawah.

Letakkan pintu kecil ini diatas bubu anda.Letakkan ia berhampiran dengan gegelung yang berukuran 40inci.Ikat di satu bahagian sahaja agar ia boleh dibuka.Dengan menggunakan cutter atau gunting pokok,kerat bahagian yang hendak dijadikan pintu.Rujuk gambarajah dibawah.Wah…nampaknya bubu anda telah siap untuk digunakan.

Sebelum bubu dipasang didalam sungai anda mestilah memasang umpan.Umpan yang paling senang adalah menggunakan keratan ikan.Ikat seketul daging ikan dibahagian dalam bubu menggunakan seutas tali dengan kemas.Kemudian tutup pintu bubu dengan kemas menggunakan tali atau dawai.Bubu yang telah siap dipasang umpan kemudiannya diikat pada sebatang kayu yang panjang.Tujuan kayu ini dikat adalah bertujuan memudahkan anda utuk memasang dan mengambil semula bubu yang telah anda tinggalkan selama 24 jam didalam sungai.Selamat mencuba.

Kincir angin dari buluh

April 11, 2010

Sesekali dalam setahun angin akan sentiasa bertiup kencang di kawasan kediaman kita.Jika tiada sebarang aktiviti manarik yang hendak dilakukan ,apa kata anda cuba membuat kincir angin daripada buluh.Ianya  sesuatu yang menyeronokkan jika anda dapat membuatnya bersama ahli keluarga.Selain dari keasyikkan melihat ia berpusing mengikut arah angin ianya juga berbentuk pendidikan dimana anak-anak dapat mempelajari bagaimana mengesan arah tiupan angin serta  sebagai panduan  mengesan kelajuan tiupan angin.

Seperti biasa,apa yang anda perlukan adalah beberapa kerat ranting buluh yang berukuran satu inci ukurlilit,kelopak daun buluh ( bahagian kelopak yang melekat pada batang buluh yang kering kekuningan,serta beberapa peralatan asas seperti gergaji besi yang halus,gunting dan pisau kecil.

Sebagai langkah pertama kerat batang buluh kepada beberapa bahagian kecil seperti dalam gambarajah.Sebatang buluh sepanjang dua kaki dibersihkan untuk dijadikan bahagian batang pengimbang.

Kerat bahagian ‘A’ sepanjang 1/2 inci menggunakan gergaji besi yang halus.Ianya mesti dipotong sama rata supaya tidak tersangkut semasa hendak berpusing.Selepas itu anda bolehlah memotong kelopak buluh mengunakan gunting untuk membuat bahagian ‘B’ atau kipas,buat potongan berbentuk bujur dan yang paling penting bahagian tengahnya mestilah muat untuk memasukkan keratan ‘A’.

Kemudian gunting kelopak untuk membentuk bahagian ‘C’ .Gunting seperti dalam gambarajah.Bahagian belakang adalah lebih besar dari bahagian hadapan supaya kelihatan kemas untuk dijadikan sirip.

Untuk membuat bahagian ‘D’ potong ranting buluh yang halus serta dapat muat kedalam bahagian ‘A’ ,panjang yang diperlukan lebih kurang lima inci. Bahagian ‘D’ ini diperlukan untuk mencantumkan bahagian ‘A’ yang telah digabungkan dengan bahagian ‘B’.

Seterusnya belah bahagian belakang ‘E’ ,Belah sidikit sahaja,belahan ini bertujuan untuk memasukkan bahagian ‘C’ untuk dijadikan sirip.Setelah semua bahagian telah siap,tibalah masa untuk mencantumkan bahagian-bahagian tersebut.

Mulakan dengan mendapatkan titik tengah bahagian kipas.Letakkan bahagian ‘A’ secara menegak ditengah kipas dan tandakan dengan pencil.Tebuk bahagian tengah kipas yang telah ditanda mengunakan pisau atau gunting.Pastikan lubang yang ditebuk tidak terlalu besar supaya ‘A’ melekat dengan kemas di lubang tersebut. Masukkan bahagian ‘A’ didalam lubang tersebut.

Apabila bahagian ‘A’ telah melekat kemas dilubang ‘B’,ambil bahagian ‘D’ dan masukkan ke lubang bahagian ‘A’ dan terus masukkan ke bahagian hadapan bahagian ‘E’. Seterusnya selitkan bahagian ‘C’ dibelahan bahagian ‘E’. Sekiranya anda mengikut satu persatu langkah diatas anda sepatutnya mendapat bentuk seperti gambarajah di bawah.Sekiranya sama Bravo..!anda telah melakukan dengan tepat.

Seterusnya dapatkan ‘titik tengah’ kincir angin anda.Caranya mudah, letakkan kincir angin anda secara melintang diatas jari telunjuk anda dan pastikan ia seimbang.Bila telah dapat seimbang,bahagian dimana jari telunjuk anda bersentuhan dengan badan bahagian ‘E’ adalah ‘titik tengah’ kincir angin anda.

Tebuk ‘titik tengah’ dibahagian atas dan bawah sehingga mendapat lubang yang tegak.Tebuk lubang tersebut menggunakan pisau dengan cermat dan berhati-hati.Kerat sebatang lagi buluh yang halus sepanjang lima inci  seperti bahagian ‘D’,kita namakan bahagian ini ‘F’.Cucukan ia dilubang ‘titik tengah’.

Akhir sekali cucukan ia di atas sebatang buluh panjang yang telah dicucuk kedalam tanah secara menegak.Sekiranya anda melakukan aktiviti ini dikawasan yang berangin,kincir angin anda akan mula berpusing menghadap arah angin.Bagi mereka yang kreatif biasanya dapat membuat kincir angin ini dalam masa beberapa minit sahaja.Selamat mencuba.

Hello world!

April 2, 2010

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.