Kincir angin dari buluh

Sesekali dalam setahun angin akan sentiasa bertiup kencang di kawasan kediaman kita.Jika tiada sebarang aktiviti manarik yang hendak dilakukan ,apa kata anda cuba membuat kincir angin daripada buluh.Ianya  sesuatu yang menyeronokkan jika anda dapat membuatnya bersama ahli keluarga.Selain dari keasyikkan melihat ia berpusing mengikut arah angin ianya juga berbentuk pendidikan dimana anak-anak dapat mempelajari bagaimana mengesan arah tiupan angin serta  sebagai panduan  mengesan kelajuan tiupan angin.

Seperti biasa,apa yang anda perlukan adalah beberapa kerat ranting buluh yang berukuran satu inci ukurlilit,kelopak daun buluh ( bahagian kelopak yang melekat pada batang buluh yang kering kekuningan,serta beberapa peralatan asas seperti gergaji besi yang halus,gunting dan pisau kecil.

Sebagai langkah pertama kerat batang buluh kepada beberapa bahagian kecil seperti dalam gambarajah.Sebatang buluh sepanjang dua kaki dibersihkan untuk dijadikan bahagian batang pengimbang.

Kerat bahagian ‘A’ sepanjang 1/2 inci menggunakan gergaji besi yang halus.Ianya mesti dipotong sama rata supaya tidak tersangkut semasa hendak berpusing.Selepas itu anda bolehlah memotong kelopak buluh mengunakan gunting untuk membuat bahagian ‘B’ atau kipas,buat potongan berbentuk bujur dan yang paling penting bahagian tengahnya mestilah muat untuk memasukkan keratan ‘A’.

Kemudian gunting kelopak untuk membentuk bahagian ‘C’ .Gunting seperti dalam gambarajah.Bahagian belakang adalah lebih besar dari bahagian hadapan supaya kelihatan kemas untuk dijadikan sirip.

Untuk membuat bahagian ‘D’ potong ranting buluh yang halus serta dapat muat kedalam bahagian ‘A’ ,panjang yang diperlukan lebih kurang lima inci. Bahagian ‘D’ ini diperlukan untuk mencantumkan bahagian ‘A’ yang telah digabungkan dengan bahagian ‘B’.

Seterusnya belah bahagian belakang ‘E’ ,Belah sidikit sahaja,belahan ini bertujuan untuk memasukkan bahagian ‘C’ untuk dijadikan sirip.Setelah semua bahagian telah siap,tibalah masa untuk mencantumkan bahagian-bahagian tersebut.

Mulakan dengan mendapatkan titik tengah bahagian kipas.Letakkan bahagian ‘A’ secara menegak ditengah kipas dan tandakan dengan pencil.Tebuk bahagian tengah kipas yang telah ditanda mengunakan pisau atau gunting.Pastikan lubang yang ditebuk tidak terlalu besar supaya ‘A’ melekat dengan kemas di lubang tersebut. Masukkan bahagian ‘A’ didalam lubang tersebut.

Apabila bahagian ‘A’ telah melekat kemas dilubang ‘B’,ambil bahagian ‘D’ dan masukkan ke lubang bahagian ‘A’ dan terus masukkan ke bahagian hadapan bahagian ‘E’. Seterusnya selitkan bahagian ‘C’ dibelahan bahagian ‘E’. Sekiranya anda mengikut satu persatu langkah diatas anda sepatutnya mendapat bentuk seperti gambarajah di bawah.Sekiranya sama Bravo..!anda telah melakukan dengan tepat.

Seterusnya dapatkan ‘titik tengah’ kincir angin anda.Caranya mudah, letakkan kincir angin anda secara melintang diatas jari telunjuk anda dan pastikan ia seimbang.Bila telah dapat seimbang,bahagian dimana jari telunjuk anda bersentuhan dengan badan bahagian ‘E’ adalah ‘titik tengah’ kincir angin anda.

Tebuk ‘titik tengah’ dibahagian atas dan bawah sehingga mendapat lubang yang tegak.Tebuk lubang tersebut menggunakan pisau dengan cermat dan berhati-hati.Kerat sebatang lagi buluh yang halus sepanjang lima inci  seperti bahagian ‘D’,kita namakan bahagian ini ‘F’.Cucukan ia dilubang ‘titik tengah’.

Akhir sekali cucukan ia di atas sebatang buluh panjang yang telah dicucuk kedalam tanah secara menegak.Sekiranya anda melakukan aktiviti ini dikawasan yang berangin,kincir angin anda akan mula berpusing menghadap arah angin.Bagi mereka yang kreatif biasanya dapat membuat kincir angin ini dalam masa beberapa minit sahaja.Selamat mencuba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: